Assalam, semua orang ada kehidupannya sendiri. Blog ini mengisahkan aku.. semuanya tentang aku..
Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.
Mari faham isi AL-QURAN..
Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya
Showing posts with label amanah. Show all posts
Showing posts with label amanah. Show all posts
Monday, January 22, 2018
Kesalahan intergriti
Bila mana kita terlibat dengan situasi yang agak tegang, pegawai penguatkuasa atau pegawai berkuasa meminta suapan, imbuhan dan keistimewaan untuk memperoleh sesuatu, sudah tentu kita sedia maklum bahawa ia melibatkan integriti dan bentuk tersebut dikenali sebagai rasuah. Walaubagaimanapun, ada beberapa sifat integriti yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan ianya kita lakukan tanpa disedari. Bila kita bercakap soal integriti ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian. Soalnya bukan sahaja pihak kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan (kementerian-kementerian dan jabatan), ia juga tertakluk di peringkat negeri (kerajaan negeri contohnya pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dll). Ia melibatkan semua peringkat sama ada swasta atau kerajaan.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian. Berikut adalah perbuatan-perbuatan yang menjejaskan integriti diri sendiri dan organisasi, malah juga melibatkan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 atau Kanun Keseksaan atau mana-mana Akta yang berkaitan dan juga Perlembagaan Malaysia.
1. Menggunakan dana atau wang pejabat untuk kepentingan peribadi
2. Memperoleh wang, barang atau perkhidmatan secara paksa daripada pelangan
3. Menerima hadian dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan bagi khidmat yang diberikan;
4. Terlibat secara langsung dalam proses pemberian kontrak kepada anggota keluarga dan kepada mereka yang ada kepentingan dengan diri anda
5. Terlibat secara langsung dalam proses melantik anggota keluarga untuk mengisi kekosongan jawatan di organisasi kita bekerja.
6. Mengemukakan tuntutan penginapan meskipun kemudahan penginapan disediakan oleh pihak penganjur
7. Mengambil atau menggunakan kemudahan pejabat (sebagai contoh 'thumb drive' dan sebagainya) untuk kegunaan peribadi atau keluarga.
8. Jika anda seorang anggota atau pegawai penguatkuasa, adalah salah jika menggunakan ancaman dan atau intimidasi bagi mendapatkan wang, barangan atau perkhidmatan
9. Menggunakan kuasa dan kedudukan untuk mendapatkan manfaat atau faedah yang tidak sah
10. Memberi wang atau insentif untuk memperoleh dan atau membeli undi
11. menggunakan media sosial bagi tujuan meluahkan ketidapuasan hati terhadap Jabatan dan atau Organisasi dan membocorkan rahsia Jabatan dan atau Organisasi
12. Meminta orang politik dan atau kenamaan untuk mempengaruhi urusan berkaitan pekerjaan (contoh, pelantikan, pertukaran, kenaikan pangkat dan sebagainya);
ini adalah senarai sebahagian daripada sejumlah tindakan, sama ada yang termaktub daam undang-undang atapun tidak, yang tidak wajar dilakukan dan sebaliknya harus bertindak jujur pada sebarang masa dengan penuh amanah, jujur dan mengamalkan budaya berintegriti.
Perkara yang harus diingat dlama islam. Seseorang yang tidak berintegriti melaksanakan, melakukan sesuatu perbuatan dengan sebagai balasan kebanyakkannya berlaku atas urusan kerja atau faedah yang akhirnya kembali kepada kita, keluarga kita kesannya tidak akan kelihatan secara nyata. Maksudnya atas dari perbuatan tersebut kita memperolehi gaji, upah atau kepuasan hati akhirnya perkara itu akan ada kaitan dengan keluarga. Kita kembali bersama keluarga dengan gaji, upah tersebut kita bagi anak-anak kita makan, membeli keperluan rumah dan sebagainya. Bagaimanapun kita tidak akan merasa puas kerana pekerjaan kita tiada keberkatan. Keberkatan itu bergantung kepada masa (masa yang terlalu pantas berlalu), wang ( duit cepat kehabisan dan tidak tahu kemana ia habis), kesihatan (anak selalu sakit, badan sakit-sakit, keguguran, penyakit kronik datang menyerang menyebabkan wang terpaksa dihabiskan di situ),kebahagian (perbalahan suami isteri, anak-anak asyik bergaduh, buat hal disekolah, anak-anak menjadi dungu, keras hati, degil dan sebagainya), musibah (sakit berpanjangan, kemalangan, rumah terbakar, kereta kerap rosak, rumah masuk pencuri dsbg), dan banyak lagi.
oleh itu, bekerjalah dengan amanah.
Rujukan:
Risalah integriti - Taklimat integriti
Sunday, January 27, 2013
Mejadikan kerja sebagai satu ibadah
Bagaimana untuk kita menjadikan kerja itu sebagai satu ibadah?
Kita melakukan kerja-kerja rutin kita untuk mendapatkan rezeki yan halal tetapi mampukah kerja rutin kita itu menjadi satu ibadah kepada kita. Di dalam solat kita selalu mengucapkannya:
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam
tetapi pernahkah kita bertanya di dalam diri kita bahawa kerja yang kita lakukan menjadi ibadat?
Bagaimanakah untuk kita meletakkan kerja sebagai satu ibadah?
Jika ada dihati kita untuk menjadikan kerja sebagai satu ibadah. Kita perlu ketahui apakah syarat menjadikan kerja sebagai satu ibadah? Supaya kerja yang kita lakukan itu sememangnya menjadi ibadah, bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Kita melakukan kerja-kerja rutin kita untuk mendapatkan rezeki yan halal tetapi mampukah kerja rutin kita itu menjadi satu ibadah kepada kita. Di dalam solat kita selalu mengucapkannya:
| اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ |
tetapi pernahkah kita bertanya di dalam diri kita bahawa kerja yang kita lakukan menjadi ibadat?
Bagaimanakah untuk kita meletakkan kerja sebagai satu ibadah?
- Kita mestilah mensyukuri nikmat kerja - Melihat diri sudah pun mendapat pekerjaan berbanding dengan ramai orang diluar sana masih tercari-cari pekerjaan. Mereka telah melalui semua prosedur tetapi tidak terpilih untuk mendapat pekerjaan yang anda dapat ini. ALLAH telah memberikan jawatan yang anda pegang sekarang adalah milik anda. Sepatutnya anda bersyukur dengan nikmat yang diberikan ini. Renung-renungkan jika kita masih tidak bekerja, bagaimana untuk kita memenuhi keperluan-keperluan kita yang pelbagai. Bagaimana untuk membayar bil telefon (sedangkan itu satu keperluan penting untuk mencari pekerjaan) bagaimana untuk membayar rotax kereta, minyak kereta (sedangkan kenderaan adalah satu keperluan untuk mencari pekerjaan), jika menaiki transpot awam juga perlukan duit untuk membeli tiket.
- Anda sudah pun memiliki pekerjaan sepatutnya bersyukur kerana mampu membayar itu semua biarpun tidaklah semewah mana, apatah lagi jika anda sudah mempunyai keluarga, dan perlu pula menampung keperluan persekolahan dan lain-lain keperluan. Oleh kerana itu, jadikan pekerjaan anda satu ibadah adalah cara mensyukuri nikmat ALLAH.
- Keberkatan dan nikmat: Nikmat yang biasa kita perbincangkan adalah nikmat kekayaan, ada juga nikmat kesihatan, nikmat mata, nikmat buah pinggang (bayangkan anda terpaksa melakukan dialisis), nikmat pergerakan (bayangkan anda sedang lumpuh), nikmat deria rasa dan lupa juga merupakan nikmat sebenarnya. Bagaimana kita mampu memaafkan orang lain dengan melupakan perbuatannya. (Bayangkan jika anda tidak mampu melupakan perbuatan yang dilakukannya).
- Ibadah dan Umur: Cuba kita semak umur kita, dan semak pula ibadah yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jika kita lihat umur umat Muhammad S.A.W puratanya dalam 60 tahun. Berapa tahun lagikah tempoh untuk kita hidup? Berapa banyakkah ibadah yang telah kita buat setakat ini tidak termasuk waktu kita belum mumaiyis. Adakah ibadah kita sempurna berserta niat kerana ALLAH? Solat kita cuma sejam ( 5x sehari) berbanding ketika kita bekerja iaitu tempoh normal adalah 8 jam, ada yang menjangkau 10 jam dan ada yang menjangkau 12 jam. Jadi pentingkah untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah? atau sebenarnya terselit niat kita bekerja untuk membangga diri dengan pekerjaan kita. Semak-semak adakah kita pernah membuat sesuatu kerja untuk mendapatkan pujian atau untuk mendapatkan kepercayaan orang tanpa meletakkan niat utamanya untuk melaksanakan Ibadah?
Syarat bekerja sebagai satu ibadah:
Institusi keluarga yang bahagia akan menjadikan motiviasi kepada kerja. Apa yang berlaku dalam rumahtangga akan terkesan dalam kerja. Bayangkan jika berlaku pergolakkan dalam rumahtangga biasanya terkesan juga dalam pekerjaan. Fikiran serabut, pakaian tidak terurus dan emosi tidak stabil biasanya akan terbawa-bawa dalam pekerjaan. Jika mental kita lemah, maka fizikal kita tidaklah sehebat ketika fizikal dan mental kita kuat.
Untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah, sepatutnya kita juga tahu bahawa melengkapi hak-hak dalam institusi kekeluargaan juga ibadah. Janganlah kita meninggalkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Misalnya, mengutamakan hal-hal pekerjaan dari keluarga. Ingatlah jika kita meninggalkan hal-hal keluarga dalam jangka masa panjang, keluarga pula akan meninggalkan kita. Kita kena ingat satu perkara iaitu kita tidaklah akan muda sepanjang umur kita. Apabila kita dalam keadaan lemah, maka pekerjaan akan meninggalkan kita.. jika kita telah meninggalkan keluarga.. maka yang manakah akan melengkapi hidup kita?
Asasnya kita mestilah sedar bahawa hidup kita didunia ini sebagai khalifah iaitu memimpin kepada yang lain. Mukmin yang menzalimi diri sendiri adalah mukmin yang tidak berbuat apa-apa (iaitu idak buat tugas asasi dan lain-lain kerja)
Mukmin pertengahan adalah orang yang buat perkara yang wajib sahaja.
Mukmin yang cemerlang adalah orang yang membuat perkara-perkara yang wajib dan juga yang sunat (membantu kerja-kerja lain). Kerja-kerja lain tidak semestinya tertumpu kepada kerja-kerja pekerjaan kita, membantu isteri juga adalah juga suatu ibadah.
Ingatlah bahawa anak kunci pintu rezeki adalah sedekah. Adakah kita sudah bersedekah hari ini? Bersedekah bukan tertumpu kepada orang miskin, bersedekah juga boleh dilakukan di dalam keluarga (belanja) dan senyum juga adalah sedekah.
- Berniat kerana Allah
- Berniat kerana Allah. Jika tidak niat maka tiada ibadah kepada pekerjaan kita. Untuk mendapat gaji itu berbeza.
- Ikhlas bekerja kerana ALLAH
- Mestilah melakuka kerja dengan Ikhlas kerana ALLAH. Semak diri kita jika melakukan kerja kerana hanya untuk mendapatkan kepercayaan orang lain atau berniat untuk selain dari ALLAH.
- Sikap tekun, amanah
- Maksud sikap tekun disini adalah melaksanakan kerja dengan sistematik. Buatlah kerja secara bersistem, jika kerja kita laksanakan tidak sistematik, tekun Amanah dengan kerja yang kita laksanakan dan kerja tersebut adalah dari usaha sendiri (bukan subcontrak dengan orang lain)
- Tahu apakah misi, visi pekerjaan yang dilakukan.
- Melaksanakan MPKFM iaitu Manual Prosedur Kerja dan Fail Manager - potfolio kerja).
- Adab dan akhlak
- Dalam pekerjaan kita perlulah menjaga adab dan akhlak kita. Tolong jaga aurat kita. Yang wanita, batas aurat dan yang lelaki juga tidak kurangnya.
Institusi keluarga yang bahagia akan menjadikan motiviasi kepada kerja. Apa yang berlaku dalam rumahtangga akan terkesan dalam kerja. Bayangkan jika berlaku pergolakkan dalam rumahtangga biasanya terkesan juga dalam pekerjaan. Fikiran serabut, pakaian tidak terurus dan emosi tidak stabil biasanya akan terbawa-bawa dalam pekerjaan. Jika mental kita lemah, maka fizikal kita tidaklah sehebat ketika fizikal dan mental kita kuat.
Untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah, sepatutnya kita juga tahu bahawa melengkapi hak-hak dalam institusi kekeluargaan juga ibadah. Janganlah kita meninggalkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Misalnya, mengutamakan hal-hal pekerjaan dari keluarga. Ingatlah jika kita meninggalkan hal-hal keluarga dalam jangka masa panjang, keluarga pula akan meninggalkan kita. Kita kena ingat satu perkara iaitu kita tidaklah akan muda sepanjang umur kita. Apabila kita dalam keadaan lemah, maka pekerjaan akan meninggalkan kita.. jika kita telah meninggalkan keluarga.. maka yang manakah akan melengkapi hidup kita?
Asasnya kita mestilah sedar bahawa hidup kita didunia ini sebagai khalifah iaitu memimpin kepada yang lain. Mukmin yang menzalimi diri sendiri adalah mukmin yang tidak berbuat apa-apa (iaitu idak buat tugas asasi dan lain-lain kerja)
Mukmin pertengahan adalah orang yang buat perkara yang wajib sahaja.
Mukmin yang cemerlang adalah orang yang membuat perkara-perkara yang wajib dan juga yang sunat (membantu kerja-kerja lain). Kerja-kerja lain tidak semestinya tertumpu kepada kerja-kerja pekerjaan kita, membantu isteri juga adalah juga suatu ibadah.
Ingatlah bahawa anak kunci pintu rezeki adalah sedekah. Adakah kita sudah bersedekah hari ini? Bersedekah bukan tertumpu kepada orang miskin, bersedekah juga boleh dilakukan di dalam keluarga (belanja) dan senyum juga adalah sedekah.
Labels:
amanah,
ibadah,
ikhlas,
keberkatan,
kerja,
kunci rezeki,
niat,
sedekah,
umur
Subscribe to:
Posts (Atom)







