Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, January 28, 2013

Rezeki dan Sedekah

Satu pagi setibanya aku di LRT Pasar Seni, tengah berjalan melalu lorong pejalan kaki, aku mendengar seseorang dibelakang sedang memanggil "Kak, Kak, Kak...".  Aku risau aku telah menjatuhkan apa-apa barang dari beg.  Maklumlah hari itu aku membawa satu beg sandang dan satu handbag.  Aku pun toleh kebelakang.  Dihadapanku ada seorang lelaki usia dalam lewat 20an atau awal 30an.. lebih tinggi dariku dan berambut sisir serta berbaju kemeja berwarna putih.  Mukanya agak serius.

Lelaki:  Kak, saya nak pinjam 4 ringgit.  Moto saya rosak, saya nak pergi kerja.  Ini hari pertama saya bekerja.
Aku:  Diam (sambil pandang mukanya, macam tak percaya.  Betul ke mamat ni cakap dengan aku)
Lelaki:  Betul kak, saya nak pinjam, saya boleh bagi nombor telefon saya kalau kak tak percaya.
Aku:  tergamam.  Nak bagi ke tidak, dia ni bukan bangla.  Orang Melayu.  tapi zaman sekarang ni banyak yang menipu.
Lelaki:  Betul kak.  Kalau akak nak saya pulangkan duit akak saya boleh bagi no telefon saya.  Seolah-olah macam betul-betul terdesak.
Aku:  Dalam hati, nak bagi ke tak nak.  Kalau dia betul-betul terdesak.  Syukurlah aku dapat membantu dia.    Aku menyeluk poket handbag.. Kebetulan ada 2 ringgit dalam poket itu.  Memang la dalam dompet aku ada lagi duit.  Tapi duit dalam poket handbag ini memang aku letak untuk disedekahkan.  Kebetulan memang hanya di poket itu sahaja duit kecil yang aku ada.

Aku serahkan duit RM2 itu kepada lelaki terbabit.
Aku:  Ini sahaja yang saya ada.
Lelaki:  tapi saya perlukan RM4 ringgit.
Aku:  Tak pelah ini saya bagi.  Awak carilah orang lain untuk lagi RM2.
Lelaki:  Betul ni kak.. saya perlukan RM4.
Aku:  Ini duit saya nak buat tambang LRT.  tapi tak pelah awak ambil je la.. awak carilah lagi untuk 2 ringgit.

Lelaki itu merengus.. kemudian meninggalkan aku tanpa mengucapkan terima kasih.  Aku meninggalkan lelaki itu.  Aku mula rasa bersalah... kenapa aku tak bantu dia .. mungkin betul dia terdesak.  Sepanjang hari aku berfikir apakah yang tuhan mahu tunjukkan padaku?

Aku sbenarnya ketika itu menghadapi masalah yang besar juga.  Kenapa ALLAH ketemukan aku dengan orang sebegini?  Adakah DIA ingin menunjukkan aku bahawa ada orang lain hidup lagi kepayahan dariku?  atau ingin aku menunaikan janji bersedekah sekiranya aku memperolehi pekerjaan.

Lewat petang selepas aku menunaikan solat asar, aku duduk berfikir tentangnya.  Kenapa dalam banyak-banyak manusia yang lalu di situ,lelaki tadi memanggil aku?  Kenapa aku hanya mengeluarkan duit sebanyak RM2 sahaja untuknya dan bukan RM4 atau lebih seperti yang diminta.

Aku terfikir ianya mungkin sudah ditakdirkan aku pulang dan bertemu dengan lelaki tersebut kebetulan telah rosak motornya.  Mungkin sudah rezeki untuk lelaki itu mendapat hanya RM2 sahaja dariku dan dia kena berusaha untuk mencari bagi lagi RM2 dari orang lain.  Tuhan mahu melihat dia bersyukur dengan pemberianku.. walaupun dia berlalu tanpa mengucapkan sebarang terima kasih.

Memang sudah rezekinya untuk dia mendapat RM2 yang memang aku peruntukkan untuk bersedekah.  Munkin juga ALLAH mengingatkan aku bahawa setiap manusia akan diuji.  Dan ini adalah ujian untuknya, dan ujian untukku.

Semoga wang yang aku berikan itu menjadi sandaran sedekah.. tak perlulah mengucapkan terima kasih kepadaku.. kerana aku cuma menyampaikan rezeki yang ALLAH berikan untuknya.


No comments:

Post a Comment