Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, January 22, 2018

Kesalahan intergriti



Bila mana kita terlibat dengan situasi yang agak tegang, pegawai penguatkuasa atau pegawai berkuasa meminta suapan, imbuhan dan keistimewaan untuk memperoleh sesuatu, sudah tentu kita sedia maklum bahawa ia melibatkan integriti dan bentuk tersebut dikenali sebagai rasuah.  Walaubagaimanapun, ada beberapa sifat integriti yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan ianya kita lakukan tanpa disedari.  Bila kita bercakap soal integriti ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian.  Soalnya bukan sahaja pihak kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan (kementerian-kementerian dan jabatan), ia juga tertakluk di peringkat negeri (kerajaan negeri contohnya pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dll).  Ia melibatkan semua peringkat sama ada swasta atau kerajaan.


Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian.  Berikut adalah perbuatan-perbuatan yang menjejaskan integriti diri sendiri dan organisasi, malah juga melibatkan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 atau Kanun Keseksaan atau mana-mana Akta yang berkaitan dan juga Perlembagaan Malaysia.

1.  Menggunakan dana atau wang pejabat untuk kepentingan peribadi
2.  Memperoleh wang, barang atau perkhidmatan secara paksa daripada pelangan
3.  Menerima hadian dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan bagi khidmat yang diberikan;
4.  Terlibat secara langsung dalam proses pemberian kontrak kepada anggota keluarga dan kepada mereka yang ada kepentingan dengan diri anda
5.  Terlibat secara langsung dalam proses melantik anggota keluarga untuk mengisi kekosongan jawatan di organisasi kita bekerja.
6.  Mengemukakan tuntutan penginapan meskipun kemudahan penginapan disediakan oleh pihak penganjur
7.  Mengambil atau menggunakan kemudahan pejabat (sebagai contoh 'thumb drive' dan sebagainya) untuk kegunaan peribadi atau keluarga.
8.  Jika anda seorang anggota atau pegawai penguatkuasa, adalah salah jika menggunakan ancaman dan atau intimidasi bagi mendapatkan wang, barangan atau perkhidmatan
9.  Menggunakan kuasa dan kedudukan untuk mendapatkan manfaat atau faedah yang tidak sah
10.  Memberi wang atau insentif untuk memperoleh dan atau membeli undi
11.  menggunakan media sosial bagi tujuan meluahkan ketidapuasan hati terhadap Jabatan dan atau Organisasi dan membocorkan rahsia Jabatan dan atau Organisasi
12.  Meminta orang politik dan atau kenamaan untuk mempengaruhi urusan berkaitan pekerjaan (contoh, pelantikan, pertukaran, kenaikan pangkat dan sebagainya);

ini adalah senarai sebahagian daripada sejumlah tindakan, sama ada yang termaktub daam undang-undang atapun tidak, yang tidak wajar dilakukan  dan sebaliknya  harus  bertindak jujur pada sebarang masa dengan penuh amanah, jujur dan mengamalkan budaya berintegriti.

Perkara yang harus diingat dlama islam.  Seseorang yang tidak berintegriti melaksanakan, melakukan sesuatu perbuatan dengan sebagai balasan kebanyakkannya berlaku atas urusan kerja atau faedah yang akhirnya kembali kepada kita, keluarga kita kesannya tidak akan kelihatan secara nyata.  Maksudnya atas dari perbuatan tersebut kita memperolehi gaji, upah atau kepuasan hati akhirnya perkara itu akan ada kaitan dengan keluarga.  Kita kembali bersama keluarga dengan gaji, upah tersebut kita bagi anak-anak kita makan, membeli keperluan rumah dan sebagainya.  Bagaimanapun kita tidak akan merasa puas kerana pekerjaan kita tiada keberkatan.  Keberkatan itu bergantung kepada masa (masa yang terlalu pantas berlalu), wang ( duit cepat kehabisan dan tidak tahu kemana ia habis), kesihatan (anak selalu sakit, badan sakit-sakit, keguguran, penyakit kronik datang menyerang menyebabkan wang terpaksa dihabiskan di situ),kebahagian (perbalahan suami isteri, anak-anak asyik bergaduh, buat hal disekolah, anak-anak menjadi dungu, keras hati, degil dan sebagainya), musibah (sakit berpanjangan, kemalangan, rumah terbakar, kereta kerap rosak, rumah masuk pencuri dsbg), dan banyak lagi.

oleh itu, bekerjalah dengan amanah.


Rujukan:
Risalah integriti - Taklimat integriti


No comments:

Post a Comment