Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Wednesday, January 3, 2018

Terapi tulang belakang - Langkah ke Dua

Aigooo... Ni pasal tengok cerita korea la ni... lama tak update..
Hehehe...

Posting pertama tahun 2018

Rehab ku kat Hospital Banting telah pun tamat.  Huyeeyyy.... instruktor kat situ kata dia dah ajar semua..  Jadi kena praktik kat umah.. SEMUA.  Dia kata lagi struktur badan aku dah mmg mcm tu so kena teruskan buat sampai bila2.. so.. as long as aku buat mungkin tak de la sakit lagi...

last aku gi rehab 13 Disember 2017 beberapa hari lagi nak birthday aku... kikiki.. Hooo ye laa... aku sagitarius.. Ni dah 3 Januari 2018.. baru ler aku start balik praktis rehab aku.. dah start sakit belakang.. padan muka akuuu... hahaha.... sibuk kalah kan orang bekerja.

Okey... start balik... Aku tak ingat bila tarikhnya tapi next latihan dia bagi agak berat skit walaupun nampak simple... sebabnya aku ada masalah dekat pergelangan tangan... sebelum ni ada naik genglion kat tangan tu... tetiba dia surut sendiri.. tapi bila dia nak sakit tu... sesuka hati dia je..

Next doktor ni pompuna melayu - nampak dia macam garang skit.. rasanya dia staff permenent kat situ sebelum ni aku bukan dengan dia pung... banyak yg praktikal.

Dia suruh aku baring, kemudian bengkokkan kaki ke atas, sebelah kaki bersilang macam nak duduk bersila.  Tangan dua-dua belah tampung kaki yang dibengkokkan macam dalam rajah kat bawah.


Tangan kemudian tarik kaki tu ke dada.  Rasa tegang tu pada otot kaki yang bersilang.  Mula-mula agak rasa sakit sikit..  Lagi masa mula2 perut ku boroi tarik tak bole habis sebab jumpa perut dulu... hahaha....

Sekarang ni dah okey.. perut dah kempis.. perghh... kalau nak kempiskan perut pun boleh guna cara ni.  Nampak macam mudah je... masa tarik ke dada tu cepat benar mengahnyer,,, senaman baring je pun..

oh tarik kaki tu 10 kali, tak payah tukar2 kaki.. kaki kiri 10 kali... dah habis sepuluh baru tukar kaki kanan.. mcm tu la...

Ni aku ada download video dari youtube.. boleh cari la kat youtube belambak.. instrutor ni dia tunjukkan step by step.. jadi kalau masih baru lagi... jangan try step optional dia.. yang sebelah tangan tarik ke badan yang sebelah lagi tolak.. try yang asas je macam dalam gambar tu... video ni just nak tunjuk sampel dia buat.



Next senaman yang dia suruh buat ialah senaman yang sama macam sebelum ni.
Rapatkan dua belah kaki ke dada... kalau perut buncit tu mau mengah nak buat.  Nampak senang... huhuhu..

okey tu lah untuk sesi yang ini.10 Oktober 2017

Lastly... 

Sekali lagi aku nak pesan... jangan pandai-pandai buat senaman sendiri.. dapatkan nasihat pakar..
tak semua orang sakit yang sama... kalau korang kena slip disk.. salah buat.. mau kang terkeluar disk korang dari badan.. aku tak bertanggungjawab.


Pautan ke Terapi Tulang Belakang - Langkah Pertama

Pautan ke Terapi Tulang Belakang - Langkah ke Tiga






No comments:

Post a Comment