Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.
Showing posts with label terapi pinggang. Show all posts
Showing posts with label terapi pinggang. Show all posts

Wednesday, January 3, 2018

Terapi tulang belakang - Langkah ke Dua

Aigooo... Ni pasal tengok cerita korea la ni... lama tak update..
Hehehe...

Posting pertama tahun 2018

Rehab ku kat Hospital Banting telah pun tamat.  Huyeeyyy.... instruktor kat situ kata dia dah ajar semua..  Jadi kena praktik kat umah.. SEMUA.  Dia kata lagi struktur badan aku dah mmg mcm tu so kena teruskan buat sampai bila2.. so.. as long as aku buat mungkin tak de la sakit lagi...

last aku gi rehab 13 Disember 2017 beberapa hari lagi nak birthday aku... kikiki.. Hooo ye laa... aku sagitarius.. Ni dah 3 Januari 2018.. baru ler aku start balik praktis rehab aku.. dah start sakit belakang.. padan muka akuuu... hahaha.... sibuk kalah kan orang bekerja.

Okey... start balik... Aku tak ingat bila tarikhnya tapi next latihan dia bagi agak berat skit walaupun nampak simple... sebabnya aku ada masalah dekat pergelangan tangan... sebelum ni ada naik genglion kat tangan tu... tetiba dia surut sendiri.. tapi bila dia nak sakit tu... sesuka hati dia je..

Next doktor ni pompuna melayu - nampak dia macam garang skit.. rasanya dia staff permenent kat situ sebelum ni aku bukan dengan dia pung... banyak yg praktikal.

Dia suruh aku baring, kemudian bengkokkan kaki ke atas, sebelah kaki bersilang macam nak duduk bersila.  Tangan dua-dua belah tampung kaki yang dibengkokkan macam dalam rajah kat bawah.


Tangan kemudian tarik kaki tu ke dada.  Rasa tegang tu pada otot kaki yang bersilang.  Mula-mula agak rasa sakit sikit..  Lagi masa mula2 perut ku boroi tarik tak bole habis sebab jumpa perut dulu... hahaha....

Sekarang ni dah okey.. perut dah kempis.. perghh... kalau nak kempiskan perut pun boleh guna cara ni.  Nampak macam mudah je... masa tarik ke dada tu cepat benar mengahnyer,,, senaman baring je pun..

oh tarik kaki tu 10 kali, tak payah tukar2 kaki.. kaki kiri 10 kali... dah habis sepuluh baru tukar kaki kanan.. mcm tu la...

Ni aku ada download video dari youtube.. boleh cari la kat youtube belambak.. instrutor ni dia tunjukkan step by step.. jadi kalau masih baru lagi... jangan try step optional dia.. yang sebelah tangan tarik ke badan yang sebelah lagi tolak.. try yang asas je macam dalam gambar tu... video ni just nak tunjuk sampel dia buat.



Next senaman yang dia suruh buat ialah senaman yang sama macam sebelum ni.
Rapatkan dua belah kaki ke dada... kalau perut buncit tu mau mengah nak buat.  Nampak senang... huhuhu..

okey tu lah untuk sesi yang ini.10 Oktober 2017

Lastly... 

Sekali lagi aku nak pesan... jangan pandai-pandai buat senaman sendiri.. dapatkan nasihat pakar..
tak semua orang sakit yang sama... kalau korang kena slip disk.. salah buat.. mau kang terkeluar disk korang dari badan.. aku tak bertanggungjawab.


Pautan ke Terapi Tulang Belakang - Langkah Pertama

Pautan ke Terapi Tulang Belakang - Langkah ke Tiga






Saturday, November 18, 2017

Terapi tulang belakang - Langkah pertama


Sudah lama sakit belakang.. sakitnya tarik dari tulang belakang pinggang sahaja pada mulanya.  Pernah mengadap doktor sampai masuk emergency room.  Bila x-ray doktor tak nampak apa-apa yang menyebabkan sakit pinggang.  Doktor bagi ubat tahan sakit bentuk injection.  Hilang.. lama..

Beberapa bulan kemudian, datang balik sakit tu...sebab dah selalu sangat saban tahun sakit jadi sudah lali.. memang tak makan ubat tahan sakit dah... pun malas nak pergi doktor.. kalau kena time kerja.. jalan la macam penguin.. slow dia macam pengantin.  Rakan sekerja pun dah tahu.  Ada pernah sekali buat program pergi Media Prima.. seronoklah.. nak melawat media prima ni.. hari yang dijanji, aku kena sakit pinggang... waaa... memang sakit hati.. tapi nak wat macammana.. dah sakit nak datang.  Terpaksalah program tu diganti dengan pengajar lain.

Akhir tahun 2016, sakit tu dia mula tarik hingga ke punggung.. kemudian dia tarik pula hingga ke lutut.. akhir sekali terasa sampai tapak kaki.. wahh... memang sakit.  Pergi ke hospital banting, buat chek.. doktor kata tak de pepe.. dia bagi ubat tahan sakit lagi.. ermm.. aku tak makan pun.. biar lah.. sama je kalau aku makan dia sakit juga sebenarnya cuma dia tutup mulut je..

Sejak suami menjalani terapi bahu dia.. aku terfikir kenapa aku tak mohon untuk buat terapi juga.  Lastly, aku pergi hospital sekali lagi.  Aku cakap dengan doktor sakit pinggang juga.. aku minta untuk dirujuk kepada pakar... pergi buat x-ray sekali lagi.. doktor lihat tak de apa2 pun yang mencurigakan dalam x-ray tu.  aku cakap aku dah berulang kali sakit sampai dia tarik ke punggung dan ke lutut... doktor tu pun chek history aku.. dan dia akui.


Pastu dia lama tenung x-ray aku tu... lastly dia kata mungkin posture aku lurus .. kurang curve... biasanya badan kita berbentuk huruf S terbalik skit.  Lastly dia cadangkan aku pergi terapi.  Doktor yang cadangkan.. aku tak sempat nak buka mulut... hahaha..

Terapi pertama


Aku masuk bilik terapi.. doktor cina kecik comel loteh.. dia ajar aku beberapa step terapi.. hampir 5 step semuanya.
1. Sebelum tu dia letak elektrik purse kat kawasan yang sakit... adalah dalam setengah jam.
2.  Dia suruh aku baring telentang, kemudian dia suruh aku angkat punggung... hooo... time tu memang azab laa... sebab memang susah nak angkat punggung.. rasa macam kena cucuk kat punggung tu.. nama dia hib bridge .. itu yang aku search k.at internet.  Mula-mula dia suruh buat 10 kali je.. tapi perghh.. sakit dow..

Hip-bridge

3.  Lepas buat tu dia suruh buat surpine posture.. nama-nama ni aku search kat internet yea.. ikut gambar yang aku tunjuk tu.  Bila aku buat yang itu.. dia macam streching belakang.. jadi lega skit..
Kaki sebelah lunjur ke depan.  Sebelah lagi lipat rapat ke dada.. tangan pegang lutut dan tarik ke dada.  Ulang kiri dan kanan kaki. semuanya 10 kali.

Supine Posture

4.  Kemudian aku di suruh baring dan kemudian angkat kaki tinggi dalam posisi tengak, kemudian gerakkan hujung kaki ke bawah sehingga rasa tegang tapak kaki dan juga otot betis dan peha.  Kalau ikut gambar ni dia macam pegang peha tu... doktor tu tak suruh pun.. just tegakkan kaki ikut keupayaan kita .. yang penting pergerakkan hujung kaki tu tarik urat sampai tegang... Huuu.. yang ini memang sakit skit.. sebab terasa dia tarik urat dari tapak kaki hingga ke peha.  Ulang kiri dan kanan kaki.  semuanya 10 kali.

Corpse Pose
Reclined-Hamstring-Stretch

5.   Lepas tu, doktor suruh bengkokkan kaki ke lutut dalam posisi corpse pose tarik lutut yang dibengkokkan tu ke arah bertentangan manakala badan tegak dan kepala pada posisi bertentangan dengan lutut yang dibengkokkan tu..  Pada posisi ditarik tu, terasa otot bontot tu macam relex.  Sedap sangat.  Ulang kiri kanan  10 kali.



Yoga Move - Supine Twist


6.  Rasanya macam ingat-ingat lupe juga step dia.. yelah hari pertama je dah lebih 5 step kena buat.  Langkah berikutnya, dalam posisi baring juga.  Lutut dibengkokkan ke dada dan tangan peluk lutut, tarik ke dada sehingga rasa tegang belakang badan..  Masa buat ni, perut buncit.. jadi macam susah skit nak nafas.. tapi buat jugak laa.. nak baik kan... kena la usaha...  Ini streaching oo..  ulang 10 kali.

KNEES HUG

7.  Lastly, doktor tu suruh duduk.  Tarik perut dalam-dalam sehingga rasa tulang belakang tu tertarik.. macam tarik nafas. Tahan... dan lepaskan.. dia suruh buat kat mana2.. amalkan.



Tarik nafas dalam-dalam pastu lepas.

Tu lah Terapi yang pertama aku.
Awal2 masa aku amalkan.. badan aku start sakit-sakit.. bukan sebab apa.. sebab pecah lemak perut.  Huhuhu...

Second terapi pun sama.. tapi yang instruct tu pelajar praktikal... jadi dia cuma naikkan kadar ulangan tu dari 10 kali ulang kepada 20 kali ulangan.

Lepas sebulan, seriusly, sakit kejung kat bontot tu dah hilang... perghh...
tinggal sakit kat otot peha dengan sakit belakang...

okey tunggu next terapi untuk latihan seterusnya.  WEHH.. Kalau korang sakit belakang macam aku, jangan pandai2 buat terapi sendiri.  Pergi spital chek.. atau pun kalau malas nak buat chek bagai.. pergi ke pusat REHABILITASI swasta... kena bayar la hampir RM100 - 200 atau lebih..
Rehabilitasi Hospital ni kena bayar RM5 je... Syukur laa... Terima kasih Kerajaan Malaysia Barisan Nasional.... hahahaha....

Adios... Chek next terapi..

Update:
Pautan ke Terapi Tulang Belakang - Langkah Kedua

http://cayangdqte.blogspot.my/2018/01/terapi-tulang-belakang-langkah-ke-dua.html