Satu pagi setibanya aku di LRT Pasar Seni, tengah berjalan melalu lorong pejalan kaki, aku mendengar seseorang dibelakang sedang memanggil "Kak, Kak, Kak...". Aku risau aku telah menjatuhkan apa-apa barang dari beg. Maklumlah hari itu aku membawa satu beg sandang dan satu handbag. Aku pun toleh kebelakang. Dihadapanku ada seorang lelaki usia dalam lewat 20an atau awal 30an.. lebih tinggi dariku dan berambut sisir serta berbaju kemeja berwarna putih. Mukanya agak serius.
Lelaki: Kak, saya nak pinjam 4 ringgit. Moto saya rosak, saya nak pergi kerja. Ini hari pertama saya bekerja.
Aku: Diam (sambil pandang mukanya, macam tak percaya. Betul ke mamat ni cakap dengan aku)
Lelaki: Betul kak, saya nak pinjam, saya boleh bagi nombor telefon saya kalau kak tak percaya.
Aku: tergamam. Nak bagi ke tidak, dia ni bukan bangla. Orang Melayu. tapi zaman sekarang ni banyak yang menipu.
Lelaki: Betul kak. Kalau akak nak saya pulangkan duit akak saya boleh bagi no telefon saya. Seolah-olah macam betul-betul terdesak.
Aku: Dalam hati, nak bagi ke tak nak. Kalau dia betul-betul terdesak. Syukurlah aku dapat membantu dia. Aku menyeluk poket handbag.. Kebetulan ada 2 ringgit dalam poket itu. Memang la dalam dompet aku ada lagi duit. Tapi duit dalam poket handbag ini memang aku letak untuk disedekahkan. Kebetulan memang hanya di poket itu sahaja duit kecil yang aku ada.
Aku serahkan duit RM2 itu kepada lelaki terbabit.
Aku: Ini sahaja yang saya ada.
Lelaki: tapi saya perlukan RM4 ringgit.
Aku: Tak pelah ini saya bagi. Awak carilah orang lain untuk lagi RM2.
Lelaki: Betul ni kak.. saya perlukan RM4.
Aku: Ini duit saya nak buat tambang LRT. tapi tak pelah awak ambil je la.. awak carilah lagi untuk 2 ringgit.
Lelaki itu merengus.. kemudian meninggalkan aku tanpa mengucapkan terima kasih. Aku meninggalkan lelaki itu. Aku mula rasa bersalah... kenapa aku tak bantu dia .. mungkin betul dia terdesak. Sepanjang hari aku berfikir apakah yang tuhan mahu tunjukkan padaku?
Aku sbenarnya ketika itu menghadapi masalah yang besar juga. Kenapa ALLAH ketemukan aku dengan orang sebegini? Adakah DIA ingin menunjukkan aku bahawa ada orang lain hidup lagi kepayahan dariku? atau ingin aku menunaikan janji bersedekah sekiranya aku memperolehi pekerjaan.
Lewat petang selepas aku menunaikan solat asar, aku duduk berfikir tentangnya. Kenapa dalam banyak-banyak manusia yang lalu di situ,lelaki tadi memanggil aku? Kenapa aku hanya mengeluarkan duit sebanyak RM2 sahaja untuknya dan bukan RM4 atau lebih seperti yang diminta.
Aku terfikir ianya mungkin sudah ditakdirkan aku pulang dan bertemu dengan lelaki tersebut kebetulan telah rosak motornya. Mungkin sudah rezeki untuk lelaki itu mendapat hanya RM2 sahaja dariku dan dia kena berusaha untuk mencari bagi lagi RM2 dari orang lain. Tuhan mahu melihat dia bersyukur dengan pemberianku.. walaupun dia berlalu tanpa mengucapkan sebarang terima kasih.
Memang sudah rezekinya untuk dia mendapat RM2 yang memang aku peruntukkan untuk bersedekah. Munkin juga ALLAH mengingatkan aku bahawa setiap manusia akan diuji. Dan ini adalah ujian untuknya, dan ujian untukku.
Semoga wang yang aku berikan itu menjadi sandaran sedekah.. tak perlulah mengucapkan terima kasih kepadaku.. kerana aku cuma menyampaikan rezeki yang ALLAH berikan untuknya.
Assalam, semua orang ada kehidupannya sendiri. Blog ini mengisahkan aku.. semuanya tentang aku..
Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.
Mari faham isi AL-QURAN..
Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya
Monday, January 28, 2013
Sunday, January 27, 2013
Mejadikan kerja sebagai satu ibadah
Bagaimana untuk kita menjadikan kerja itu sebagai satu ibadah?
Kita melakukan kerja-kerja rutin kita untuk mendapatkan rezeki yan halal tetapi mampukah kerja rutin kita itu menjadi satu ibadah kepada kita. Di dalam solat kita selalu mengucapkannya:
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam
tetapi pernahkah kita bertanya di dalam diri kita bahawa kerja yang kita lakukan menjadi ibadat?
Bagaimanakah untuk kita meletakkan kerja sebagai satu ibadah?
Jika ada dihati kita untuk menjadikan kerja sebagai satu ibadah. Kita perlu ketahui apakah syarat menjadikan kerja sebagai satu ibadah? Supaya kerja yang kita lakukan itu sememangnya menjadi ibadah, bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Kita melakukan kerja-kerja rutin kita untuk mendapatkan rezeki yan halal tetapi mampukah kerja rutin kita itu menjadi satu ibadah kepada kita. Di dalam solat kita selalu mengucapkannya:
| اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ |
tetapi pernahkah kita bertanya di dalam diri kita bahawa kerja yang kita lakukan menjadi ibadat?
Bagaimanakah untuk kita meletakkan kerja sebagai satu ibadah?
- Kita mestilah mensyukuri nikmat kerja - Melihat diri sudah pun mendapat pekerjaan berbanding dengan ramai orang diluar sana masih tercari-cari pekerjaan. Mereka telah melalui semua prosedur tetapi tidak terpilih untuk mendapat pekerjaan yang anda dapat ini. ALLAH telah memberikan jawatan yang anda pegang sekarang adalah milik anda. Sepatutnya anda bersyukur dengan nikmat yang diberikan ini. Renung-renungkan jika kita masih tidak bekerja, bagaimana untuk kita memenuhi keperluan-keperluan kita yang pelbagai. Bagaimana untuk membayar bil telefon (sedangkan itu satu keperluan penting untuk mencari pekerjaan) bagaimana untuk membayar rotax kereta, minyak kereta (sedangkan kenderaan adalah satu keperluan untuk mencari pekerjaan), jika menaiki transpot awam juga perlukan duit untuk membeli tiket.
- Anda sudah pun memiliki pekerjaan sepatutnya bersyukur kerana mampu membayar itu semua biarpun tidaklah semewah mana, apatah lagi jika anda sudah mempunyai keluarga, dan perlu pula menampung keperluan persekolahan dan lain-lain keperluan. Oleh kerana itu, jadikan pekerjaan anda satu ibadah adalah cara mensyukuri nikmat ALLAH.
- Keberkatan dan nikmat: Nikmat yang biasa kita perbincangkan adalah nikmat kekayaan, ada juga nikmat kesihatan, nikmat mata, nikmat buah pinggang (bayangkan anda terpaksa melakukan dialisis), nikmat pergerakan (bayangkan anda sedang lumpuh), nikmat deria rasa dan lupa juga merupakan nikmat sebenarnya. Bagaimana kita mampu memaafkan orang lain dengan melupakan perbuatannya. (Bayangkan jika anda tidak mampu melupakan perbuatan yang dilakukannya).
- Ibadah dan Umur: Cuba kita semak umur kita, dan semak pula ibadah yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jika kita lihat umur umat Muhammad S.A.W puratanya dalam 60 tahun. Berapa tahun lagikah tempoh untuk kita hidup? Berapa banyakkah ibadah yang telah kita buat setakat ini tidak termasuk waktu kita belum mumaiyis. Adakah ibadah kita sempurna berserta niat kerana ALLAH? Solat kita cuma sejam ( 5x sehari) berbanding ketika kita bekerja iaitu tempoh normal adalah 8 jam, ada yang menjangkau 10 jam dan ada yang menjangkau 12 jam. Jadi pentingkah untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah? atau sebenarnya terselit niat kita bekerja untuk membangga diri dengan pekerjaan kita. Semak-semak adakah kita pernah membuat sesuatu kerja untuk mendapatkan pujian atau untuk mendapatkan kepercayaan orang tanpa meletakkan niat utamanya untuk melaksanakan Ibadah?
Syarat bekerja sebagai satu ibadah:
Institusi keluarga yang bahagia akan menjadikan motiviasi kepada kerja. Apa yang berlaku dalam rumahtangga akan terkesan dalam kerja. Bayangkan jika berlaku pergolakkan dalam rumahtangga biasanya terkesan juga dalam pekerjaan. Fikiran serabut, pakaian tidak terurus dan emosi tidak stabil biasanya akan terbawa-bawa dalam pekerjaan. Jika mental kita lemah, maka fizikal kita tidaklah sehebat ketika fizikal dan mental kita kuat.
Untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah, sepatutnya kita juga tahu bahawa melengkapi hak-hak dalam institusi kekeluargaan juga ibadah. Janganlah kita meninggalkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Misalnya, mengutamakan hal-hal pekerjaan dari keluarga. Ingatlah jika kita meninggalkan hal-hal keluarga dalam jangka masa panjang, keluarga pula akan meninggalkan kita. Kita kena ingat satu perkara iaitu kita tidaklah akan muda sepanjang umur kita. Apabila kita dalam keadaan lemah, maka pekerjaan akan meninggalkan kita.. jika kita telah meninggalkan keluarga.. maka yang manakah akan melengkapi hidup kita?
Asasnya kita mestilah sedar bahawa hidup kita didunia ini sebagai khalifah iaitu memimpin kepada yang lain. Mukmin yang menzalimi diri sendiri adalah mukmin yang tidak berbuat apa-apa (iaitu idak buat tugas asasi dan lain-lain kerja)
Mukmin pertengahan adalah orang yang buat perkara yang wajib sahaja.
Mukmin yang cemerlang adalah orang yang membuat perkara-perkara yang wajib dan juga yang sunat (membantu kerja-kerja lain). Kerja-kerja lain tidak semestinya tertumpu kepada kerja-kerja pekerjaan kita, membantu isteri juga adalah juga suatu ibadah.
Ingatlah bahawa anak kunci pintu rezeki adalah sedekah. Adakah kita sudah bersedekah hari ini? Bersedekah bukan tertumpu kepada orang miskin, bersedekah juga boleh dilakukan di dalam keluarga (belanja) dan senyum juga adalah sedekah.
- Berniat kerana Allah
- Berniat kerana Allah. Jika tidak niat maka tiada ibadah kepada pekerjaan kita. Untuk mendapat gaji itu berbeza.
- Ikhlas bekerja kerana ALLAH
- Mestilah melakuka kerja dengan Ikhlas kerana ALLAH. Semak diri kita jika melakukan kerja kerana hanya untuk mendapatkan kepercayaan orang lain atau berniat untuk selain dari ALLAH.
- Sikap tekun, amanah
- Maksud sikap tekun disini adalah melaksanakan kerja dengan sistematik. Buatlah kerja secara bersistem, jika kerja kita laksanakan tidak sistematik, tekun Amanah dengan kerja yang kita laksanakan dan kerja tersebut adalah dari usaha sendiri (bukan subcontrak dengan orang lain)
- Tahu apakah misi, visi pekerjaan yang dilakukan.
- Melaksanakan MPKFM iaitu Manual Prosedur Kerja dan Fail Manager - potfolio kerja).
- Adab dan akhlak
- Dalam pekerjaan kita perlulah menjaga adab dan akhlak kita. Tolong jaga aurat kita. Yang wanita, batas aurat dan yang lelaki juga tidak kurangnya.
Institusi keluarga yang bahagia akan menjadikan motiviasi kepada kerja. Apa yang berlaku dalam rumahtangga akan terkesan dalam kerja. Bayangkan jika berlaku pergolakkan dalam rumahtangga biasanya terkesan juga dalam pekerjaan. Fikiran serabut, pakaian tidak terurus dan emosi tidak stabil biasanya akan terbawa-bawa dalam pekerjaan. Jika mental kita lemah, maka fizikal kita tidaklah sehebat ketika fizikal dan mental kita kuat.
Untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah, sepatutnya kita juga tahu bahawa melengkapi hak-hak dalam institusi kekeluargaan juga ibadah. Janganlah kita meninggalkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Misalnya, mengutamakan hal-hal pekerjaan dari keluarga. Ingatlah jika kita meninggalkan hal-hal keluarga dalam jangka masa panjang, keluarga pula akan meninggalkan kita. Kita kena ingat satu perkara iaitu kita tidaklah akan muda sepanjang umur kita. Apabila kita dalam keadaan lemah, maka pekerjaan akan meninggalkan kita.. jika kita telah meninggalkan keluarga.. maka yang manakah akan melengkapi hidup kita?
Asasnya kita mestilah sedar bahawa hidup kita didunia ini sebagai khalifah iaitu memimpin kepada yang lain. Mukmin yang menzalimi diri sendiri adalah mukmin yang tidak berbuat apa-apa (iaitu idak buat tugas asasi dan lain-lain kerja)
Mukmin pertengahan adalah orang yang buat perkara yang wajib sahaja.
Mukmin yang cemerlang adalah orang yang membuat perkara-perkara yang wajib dan juga yang sunat (membantu kerja-kerja lain). Kerja-kerja lain tidak semestinya tertumpu kepada kerja-kerja pekerjaan kita, membantu isteri juga adalah juga suatu ibadah.
Ingatlah bahawa anak kunci pintu rezeki adalah sedekah. Adakah kita sudah bersedekah hari ini? Bersedekah bukan tertumpu kepada orang miskin, bersedekah juga boleh dilakukan di dalam keluarga (belanja) dan senyum juga adalah sedekah.
Labels:
amanah,
ibadah,
ikhlas,
keberkatan,
kerja,
kunci rezeki,
niat,
sedekah,
umur
Friday, November 30, 2012
BENARKAH LELAKI LURUS BENDUL?
Sedang-sedang saya dok mencari satu tempat untuk merehatkan minda bersama suami tercinta awal disember nanti.. masa buat research kat internet saya terjumpa satu laman ini.. Bila baca statement tersebut saya tersenyum lebar... mungkin ada benarnya .. lelaki tidak memahami apa yang tersirat dihati wanita.. apa yang harus dilakukan dalam situasi begini.. dan masih terfikir-fikir juga saya... kenapa yea? Adakah wanita ni complicated sangat.?
Laki talipon,
Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet…
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa…
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk… Lari tido bilik sebelah….
Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii….
Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa…
Tapi belikan jerla apa-apa….
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….
Eh, bini akuni… Yang mana satu nih?
—————————————————————–
Laki talipon bini,
Petangni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben…
Tiba-tiba… Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
—————————————————————-
Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii….
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta…
Bila dah siap, kuar bilik…
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa…
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
—————————————————————-
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang….
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
—————————————————————-
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker…
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…
Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?
—————————————————————
Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….
Nak bagi pakai baju mana ni Yang…? <— laki tanya
Alah abangni… kan baju anak ada 8 bakul tu…
pakaikan jerlah baju mana-mana pon…
bukan ada org nk tengok ponnn…
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…
———————————————————-
Kesian lelaki… otak lurus sgt… xleh bengkang bengkok sket.
Friday, November 16, 2012
Mari boikot barangan ini..
Boikot maksudnya tak payah makan, pakai atau gunakan. Usah membeli dan perihalkan atau iklankan... Bayangkan anda menghulurkan duit anda untuk memerangi saudara seagama.. bayangkan juga jika duit anda itu sedang disalurkan kepada Malaysia untuk memerangi anda kembali... bayangkan ini adalah gambar anak saudara anda.. atau adik anda atau anak anda...
sanggupkah anda?
Turut terkorban (mangsa termuda)...
(Bayi yang baru berumur 9+ bulan ini yang telah dimasukkan ke ICU Hospital Shifa juga telah kembali ke rahmatullah.
Senarai nama rakyat Palestin yang terkorban di dalam serangan berdarah rejim Zionis ke atas Gaza yang sedang berlaku sekarang :

1 - Walid Abadlah,
2 tahun-Qumsan, 52
3 - Ramai Hamamd
4 - Khalid Abu Al-Naser
5 - Habes mesbeh, 30
6 - Wael Al-Ghalban
7 - Hicham Al-Ghalban
8 - Ahmad Al-Jaabari, 52, Ketua Umum Briged al Qassam
9 - Mohamamd Al-Hams
10 - Ranan Arafat, 5 tahun
11 - Essam Abu El-Mazzah, 20
12 - Hani Al-Kaseeh, 18
13 - Ahmad Al-Masha Rawi, 11 bulan
14 - Hiba Al-Masharwai, 19
15 - Mahmaoud Sawaween, 65
16 - Hanin Tafesh 10 bulan
17- Faris Basyouni.
18- Tareq Jamal Nasser
19-Oday Jamal Nasser
20- Marwan Abu El Qumsan,
Tidak kurang daripada 157 orang yang telah cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.
Sumber :
1-Ir Omar Seyam (Aman Palestin Gaza) -https://www.facebook.com/ pages/ AMAN-PALESTIN-Palestine-off ice/148568865207796
2-Team Palestine - https://www.facebook.com/ pages/Team-Palestina/ 198580813517826 )
4 - Khalid Abu Al-Naser
5 - Habes mesbeh, 30
6 - Wael Al-Ghalban
7 - Hicham Al-Ghalban
8 - Ahmad Al-Jaabari, 52, Ketua Umum Briged al Qassam
9 - Mohamamd Al-Hams
10 - Ranan Arafat, 5 tahun
11 - Essam Abu El-Mazzah, 20
12 - Hani Al-Kaseeh, 18
13 - Ahmad Al-Masha Rawi, 11 bulan
14 - Hiba Al-Masharwai, 19
15 - Mahmaoud Sawaween, 65
16 - Hanin Tafesh 10 bulan
17- Faris Basyouni.
18- Tareq Jamal Nasser
19-Oday Jamal Nasser
20- Marwan Abu El Qumsan,
Tidak kurang daripada 157 orang yang telah cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.
Sumber :
1-Ir Omar Seyam (Aman Palestin Gaza) -https://www.facebook.com/
2-Team Palestine - https://www.facebook.com/
cuma... tutup pintu hati anda untuk produk ini...
Negara lain sudah boikot...
anda bila lagi?..........
Ingat.. mungkin... negara anda adalah "NEXT" ...
sayangi negara anda...
jangan gaduh-gaduh, usah berdemonstrasi.. kita jaga negara kita baik2..
Thursday, November 15, 2012
Definisi Kontraktor Bebas
1. Seseorang kakitangan dikehendaki mematuhi arahan mengenai bila, di mana, dan bagaimana untuk bekerja. Hak majikan untuk mengarahkan, tidak menjalankan hak itu, adalah kunci. Arahan mungkin secara lisan atau bertulis prosedur atau manual.
Seorang kontraktor bebas diupah untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan dan tidak diarahkan secara terperinci tentang bagaimana untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan.
2. Seorang pekerja biasanya dilatih oleh seorang pekerja yang berpengalaman institusi. Latihan menunjukkan bahawa majikan mahukan perkhidmatan yang dilaksanakan dengan cara yang tertentu.
Seorang kontraktor bebas yang lazimnya menggunakan atau kaedah sendiri, disewa atau kepakaran, dan tidak menerima latihan daripada institusi yang membeli perkhidmatan.
3. Perkhidmatan seorang pekerja biasanya disepadukan ke dalam operasi perniagaan, secara amnya menunjukkan bahawa hala tuju dan kawalan sedang dijalankan. Integrasi perkhidmatan berkuat kuasa perniagaan berlaku apabila kejayaan atau penerusan perniagaan bergantung pada tahap yang cukup besar terhadap prestasi perkhidmatan yang sukar untuk memisahkan dari operasi perniagaan.
Perkhidmatan seorang kontraktor bebas biasanya boleh berdiri sendiri dan tidak disepadukan ke dalam operasi perniagaan.
4. Seseorang pekerja yang telah diupah untuk memberikan perkhidmatan secara peribadi. Jika majikan berminat yang melakukan kerja yang serta dalam memastikan kerja dilakukan, ia menunjukkan bahawa majikan mengambil berat tentang kaedah yang digunakan serta hasil perkhidmatan yang dilaksanakan.
Seorang kontraktor bebas diupah untuk menyediakan perkhidmatan dan sering majikan tidak peduli siapa yang melakukan kerja itu.
5. Seorang pekerja mempunyai sedikit kawalan terhadap pengambilan, menyelia, dan pembayaran pembantu. Apa-apa tindakan oleh majikan secara amnya menunjukkan kawalan ke atas orang-orang di tempat kerja dengan siapa pembantu bekerja.
Seorang kontraktor bebas akan sewa, menyelia, dan membayar pekerja lain di bawah suatu kontrak di mana dia bersetuju untuk menyediakan bahan buruh dan bertanggungjawab untuk mencapai keputusan yang diberikan.
6. Seorang pekerja biasanya mempunyai hubungan yang berterusan dengan orang yang bagi siapa perkhidmatan tersebut dilaksanakan. Perkhidmatan ini mungkin akan berterusan walaupun ia dilakukan pada sela masa yang tidak menentu, secara separuh masa, musim, atau sepanjang tempoh yang singkat.
Seorang kontraktor bebas mempunyai hubungan yang tertentu yang biasanya berakhir apabila perkhidmatan tersebut telah siap.
7. Seorang pekerja telah menetapkan jam kerja yang ditubuhkan oleh majikan, menunjukkan kawalan. Seperti keadaan yg menghalang pekerja daripada memperuntukkan masa untuk kerja-kerja yang lain, yang merupakan hak kontraktor bebas.
Seorang kontraktor bebas cenderung untuk menubuhkan penggunaan masa sebagai sesuatu perkara yang hak.
8. Seorang pekerja biasanya menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan majikan. Sepenuh masa tidak bermakna minggu lapan jam sehari atau lima hari. Maksudnya adalah berbeza bergantung kepada niat pihak-pihak.
Seorang kontraktor bebas adalah bebas untuk bekerja apabila, untuk siapa, dan untuk seberapa ramai majikan seperti yang dikehendaki.
9. Seorang pekerja biasanya melakukan kerja atau di premis majikan yang membayangkan kawalan, lebih-lebih lagi jika kerja boleh dilakukan di tempat lain. Seseorang yang bekerja di tempat perniagaan majikan sekurang-kurangnya secara fizikal dalam arahan dan penyeliaan majikan. Walau bagaimanapun, prestasi kerja di luar tapak tidak, dengan sendirinya, bermakna bahawa tiada hak untuk mengawal wujud.
Seorang kontraktor bebas biasanya melakukan kerja yang boleh disiapkan pada atau di luar premis majikan.
10. Seseorang pekerja sering mesti menjalankan perkhidmatan dalam turutan yang ditetapkan, yang menunjukkan tahap kawalan majikan. Di sini juga, hak untuk menetapkan urutan, tidak menjalankan hak itu, adalah kunci.
Seorang kontraktor bebas biasanya bebas untuk melaksanakan perkhidmatan dalam apa-apa cara yang menghasilkan keputusan yang diingini.
11. Seorang pekerja mengemukakan atau menyediakan laporan biasa bertulis atau lisan yang menunjukkan kawalan majikan.
Seorang kontraktor bebas mengemukakan laporan sebagaimana yang dinyatakan oleh kontrak dan boleh memberikan mereka dalam istilah yang luas dan dengan kekerapan yang kurang daripada pekerja.
12. Seorang pekerja biasanya dibayar untuk bekerja mengikut jam, minggu, atau sebulan. Jaminan minimum
gaji atau pemberian akaun lukisan pada sela masa yang dinyatakan tidak dengan keperluan untuk pembayaran balik ke atas lebihan pendapatan lebih cenderung untuk menunjukkan kewujudan hubungan majikan-pekerja.
Seorang kontraktor bebas kebiasaan dibayar oleh kerja sekali gus atau atas dasar komisen.
13. Seseorang pekerja yang telah dibayar balik atau dibayar oleh majikan bagi perniagaan dan perbelanjaan perjalanan, satu faktor yang menunjukkan bahawa kawalan ke atas pekerja.
Seorang kontraktor bebas dibayar atas dasar kerja dan biasanya mempunyai untuk menanggung semua perbelanjaan kecuali yang dinyatakan secara kontrak.
14. Seorang pekerja biasanya diberikan oleh majikan dengan mana-mana alat dan bahan yang diperlukan, yang menunjukkan kawalan majikan ke atas pekerja. Dalam sesetengah pekerjaan pekerja kebiasaan menggunakan peralatan tangan mereka sendiri.
Seorang kontraktor bebas membekalkan alat-alat dan peralatan.
15. Seorang pekerja biasanya tidak mempunyai pelaburan yang besar dalam kemudahan yang digunakan dalam kerja.
Seorang kontraktor bebas sering mempunyai pelaburan yang besar dalam kemudahan yang digunakan dalam melaksanakan perkhidmatan. Kemudahan umumnya termasuk peralatan atau premis yang perlu bagi kerja, tetapi tidak barang-barang seperti alat-alat, instrumen, dan pakaian yang disediakan oleh pekerja sebagai amalan biasa dalam perdagangan mereka.
16. Seorang pekerja biasanya tidak menyedari keuntungan atau mengalami kerugian akibat perkhidmatan yang disediakan.
Seorang kontraktor bebas dalam kedudukan untuk merealisasikan keuntungan atau mengalami kerugian akibat perkhidmatan yang disediakan.
17. Seorang pekerja cenderung untuk bekerja secara eksklusif untuk satu majikan.
Satu kontraktor bebas yang biasanya bekerja untuk lebih daripada satu majikan pada masa yang sama.
18. Seorang pekerja biasanya tidak membuat perkhidmatan yang disediakan kepada orang awam.
Seorang kontraktor bebas membuat perkhidmatan yang disediakan kepada orang awam. "Perkhidmatan yang disediakan" mungkin termasuk melepak sirap memegang lesen perniagaan, dan mempunyai pengiklanan dan senarai direktori telefon.
19. Seseorang pekerja adalah tertakluk kepada pelepasan, menunjukkan bahawa kawalan dilaksanakan. Had hak untuk melaksanakan di bawah perjanjian tawar-menawar kolektif tidak mengurangkan kewujudan hubungan majikan-pekerja.
Seorang kontraktor bebas tidak boleh dipecat selagi keputusan yang dihasilkan langkah sehingga spesifikasi kontrak.
20. Seorang pekerja mempunyai hak untuk menamatkan hubungan kerja pada bila-bila masa tanpa menanggung liabiliti.
Seorang kontraktor bebas biasanya bersetuju untuk menyiapkan kerja yang khusus dan bertanggungjawab siap yang memuaskan atau bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk membuat baik untuk kegagalan untuk menyiapkan kerja ini.
Wednesday, November 14, 2012
Doa akhir tahun dan awal tahun
Selamat tahun baru... dalam hidup kita.. akan mengulangi peristiwa ini sehinggalah kita dipanggil olehnya.. berdoalah kita semoga setiap tahun kita dalam keadaan terbaik..
Doa ini diambil dari buku kecil Majmuk Syarif. Inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan zulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta'ala sekalian dosanya yang setahun ini.
Inilah doanya:
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ ماَ عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِي عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ ولَمْ ترضه ولم تَنْسَهُ وحَلِمْتَ عَلَيَّ بعدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِي ودَعَوتَنِي إلَى التَّوْبَةِ منه بعد جُرْآتِي على مَعْصِيَتِكَ فَإنِي استغفرك فاغفرلِي وما عَمِلْتُ فيها مِمَّا ترضاه ووَعَدْتَنِي عليه الثَّوابَ فأسئلك اللهم يا كَرِيْمُ ياذا الجلال والإكرام أن تتَقَبَّلَهُ مِنِّي ولا تَقْطَعُ رَجَاِئي مِنْكَ يا كرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Sementara fadhilat doa awal tahun pula dinyatakan, Inilah fadhilat doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca dia ini 3 kali kemudian daripada sembahyang maghrib pada malam satu haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata Ia telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta'ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan,
inilah doanya:
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ أنت الاَبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وُجُودِكَ المُعَوَّلِ، وهذا عَامٌ جَدِيْدٌ قد أقبَلَ نَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فيه من الشيطانِ وأوْلِياَئِهِ وجُنُودِهِ، والعَوْنَ على هذه النَّفْسِ الأمارة بالسوءِ، والاشتِغاَلَ بما يُقَرِّبُنِي إلَيكَ زُلْفَى ياذا الجلالِ والإكرامِ يا ارحمَ الراحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Syeikh al-Imam Jamaluddin al-Qasimi berkata doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal dari Nabi s.a.w. tidak juga berasal dari para sahabat, tabiin dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhuat (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu).
Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan "berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini" merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri'tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai.
(Sumber: http://abusyuaib.blogspot.com/)
boleh juga tengok disini..
Saturday, July 21, 2012
Pertama Kali Kena Denggi
Hari Jumaat 13 Julai 2012, aku niat berpuasa. Bangun sahur seawal 5 pagi.. Ditemani sahutan anjing liar entah dari mana mengerunkan. Namun disebabkan nak habiskan puasa ganti, aku gagahkan juga. Lepas bersahur dan berkumandang azan, aku mengejutkan suami untuk bersolat. Dan suami bersiap-siap untuk ketempat kerja. Selepas menghantar suami di halaman, aku masuk semula ke dalam bilik dan sambung tidur. Bangun sahaja dari tidur, aku merasa sangat sakit kepala dan badan aku terasa sangat panas. Aku pada mulanya mahu sahaja membatalkan puasaku.. tetapi aku cuba positifkan minda masa tinggal lagi beberapa jam kenapa aku mahu berbuka puasa. aku pun, tahan punya tahan rasa macam nak mati... Alhamdulillah, aku tak tinggal solat dan cuba tuam diri aku dengan air. Bila tiba waktu berbuka, alhamdulillah... seronok betul.. dan makan ubat.
Ingat tamat kat situ sahaja. Esoknya demam berlanjutan. Pening-pening. Sebenarnya hari pertama aku demam aku terima dua tawaran. Pertama, aku dapat panggilan temuduga di KRU Academy. Kedua, aku dapat panggilan dari IKBN Kuala Langat meminta aku hadirkan diri untuk jawatan khidmat singkat. Aku ingat sampai hari ahad tu, aku boleh baik. Tapi tidak. Aku semakin tak menentu. Aku hilang selera makan. Lauk yang paling aku suka iaitu telur goreng setengah masak, aku tak boleh jamah pun. Apa yang berkaitan dengan telur aku tak boleh makan. Roti pizza hubby aku beli ( dia tahu, aku suka roti dari king confectionery) pun aku tak jamah, aku makan lima suap sahaja dari 5 keping yang hubby aku beli. Aku tak boleh makan, aku rasa roti tu sangat keras dan tak boleh di telan. Kalau telan pun rasa nak muntah balik.
Hari sabtu tu, aku mengikut hubby ku ke K.Lumpur, sebab tak de sape nak tengok aku nanti. Hubby aku akan berkursus sabtu ahad. So petang sabtu tu hubbyku menghantarku klinik Idham untuk dapat kan rawatan. Herannya, sampai sahaja aku di klinik tersebut, demamku tiba-tiba kebah diganti dengan keadaan aku rasa sangat-sangat sejuk sehingga menggigil. Doktor pula chek aku tak demam langsung pada suhu 36.8'. Aku cuak betul... betul ke aku sakit atau ni sakit lain. Tapi aku teruskan sahaja makan ubat yang doktor beri. Nasib baik doktor tu bagi ubat antiboitik EES 400mg dan Ubat demam. Habis hujung minggu, aku kembali ke rumah abah di teluk.
Cukup hari isnin, aku telefon IKBN beritahu bahawa aku menangguhkan kemasukkanku kerana masih tidak sihat. Aku menangguhkannya sehingga hari Rabu. Nasib baik timbalan pengarah tersebut memahami. Aku asyik tidur dan makan yang boleh masuk dalam perut. Badan sakit-sakit, terutamanya kulitku rasa seperti melecur dan sakit apabila bergesel dengan sebarang objek termasuk baju yang aku pakai dan kulit aku sendiri yang bergesel dengannya. Tak semua makanan aku boleh makan. Aku meminta hubby aku belikan pisang dan buah pear pun aku tak boleh jamah.
Kadang-kadang aku rasa macam aku ni mengada-ngada sebab tak boleh makan tu ni.. lastly, sampai hari rabu, aku masih belum cukup kuat lagi nak kerja. Walaupun demam sudah hampir kebah. Tapi aku rasa pening-pening bila berjalan. Aku berbincang dengan suamiku, mungkin aku perlu pergi berurut. Dan suamiku bersetuju. Dia menyuruhku balik sendiri naik bas (apa punye discussion daa.. ada aku sakit-sakit disuruh naik bas). Nasib baik, adik ipar aku hendak hantar aku ke komuter. Telefon Cik Zai (Makcik yang nak urut aku tu)... dan malam tu aku berurut di Kuala Lumpur.
Selepas sahaja aku berurut. Badan aku tiba-tiba baik ruam. Merah-merah dan bintik-bintik. Bermula dengan jemari kanan ku. Terasa sakit dan berdenyut-denyut. Kemudian naik hingga ke lengan dan seluruh badan. Aku telefon suamiku, aku kata kepadanya aku kena campak. Ruam-ruam merah dan dan gatal macam campak sahaja cuma dia tak de mata.. merahnya pula sekata. Mungkin campak versi 2012, alaf baru.
Aku menangis-nangis meminta hubby ku hantar sebab dia sibuk nak pergi kerja. Katanya ada event kat seri kembangan, sampai aku cakap.. maner lebih penting, event tu atau aku? Pagi tu hujan tak teduh-teduh sampai pukul 10 pagi.. Lepas tu, last-last hubby aku hantar juga ke Klinik Kesihatan Daerah Gombak. Sampai kat Doktor dia tengok aku punye kulit dia kata, ini bukan campak ni, ni macam denggi.
alamak!! Denggi ke? aku maner la pernah kena denggi.. aku cuba yakinkan kat doktor, saya kena campak kot.. sebab tangan saya penuh bintik-bintik pastu gatal. Gatal dia sampai tahap aku dah tak rasa kulit tangan lagi dah.. siap bengkak dah tapak tangan aku. Bukan tangan je bengkak, badan sume dah bengkak, kaki pun bengkak. Pastu doktor tu bagi kertas kat aku suruh aku pergi kaunter 4, pergi chek darah. Alamak!! Chek darah la plak.. dah la aku tak suka chek darah!! Nasib baik la nurse dia o.k .. sampai result kat doktor kata, ermm... denggi ni.. dia soh aku datang lagi buat chek darah esok!!
alamak, kena chek darah lagi!! Tak mau!! Tapi nak wat camner.. kena gak chek darah! Doktor suh aku minum air kosong banyak, makan sup ketam. Hubby aku ronda satu keramat cari air kelapa... Balik tu, aku minum air kelapa terus. Pastu, minum air banyak2.. minum air 100pluss plak... alamak.. aku tak nak admit kat hospital.. aku tak pernah masuk spital! Setiap minit aku akan bersulam air.. kencing-kencing tu toksah cite lah.. yang penting, badan aku cepat sembuh. Aku pun membaca Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 1 - 25 dan 2 ayat terakhir surah al-baqarah. Tangan aku mula-mula bengkak habis tapi menjelang malam dia dah surut skit.. buat hati aku rasa gembira walaupun, tak tahu apakah keputusannya esok.
Esoknya, aku pergi ke Klinik lagi, dan buat pemeriksaan darah lagi. Doktor terperanjat, dia kata platlet aku tak turun. Dia memang suspek aku denggi tapi dia kata baguslah kalau macam tu, dia suruh aku teruskan minum air kosong dan minum sup ketam. Balik tu, aku singgah giant beli lauk untuk buat sup ketam, dan masak sup ketam sendiri. Lepas masak sup ketam, tangan kanan aku bertambah surut. Begitu juga dengan kaki. Cuma kulit sangat sensetif. Bila aku tergaruk je gatal, terasa sakit sangat kulit. Aku ingat kuku aku yang tajam.. tapi bila suruh hubby chek, dia kata kulit aku yang sensetif sangat.
Bab keje tu, aku hantar sms kat IKBN dan aku diberi ruang untuk sihat dahulu. Alhamdulilah..
Harini hari pertama berpuasa di bulan ramadan. Aku tetap berpuasa. Walaupun, ada kegelisahan pada diri aku takut virus denggi tu mengganas, cuma tangan ku sahaja bengkak balik skit.. dan badan gatal2.. lepas berbuka nanti aku akan minum air dengan banyaknya untuk cover balik air yang hilang.
Harap-harap, sakitku cepat sembuh. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)